Selasa, 22 Mac 2011

Dandelion

Ku jalan sendirian,
Ku lihat butir-butir dandelion menari-nari,
Dari bumbung melayang ke langit kemudian jatuh ke lantai bumi.


Aku keluar dari situ,
Tiada lagi dandelion beterbangan,
Aku kutip satu,
Ingin ku simpan.


Terima kasih dandelion. Kerana kamu hatiku tersenyum sendirian.


Ya, hati aku tersenyum.   :)

Isnin, 21 Mac 2011

Runut

Runut muncul di sebalik awan mega,
Oh kapal terbang ku ingin terbang bersama.
Jikapun tidak jadikan aku sebelah sayapmu,
Agar aku lapang menikmati langit biru,
Jauh dari altitud paras bumi,
Meredah awan putih cerah dan kelabu,
Dan meninggalkan jejak-jejak runut,
Sebagai tanda aku pernah di situ.

Ahad, 20 Mac 2011

Mimesis

Dia ingin mimik sesuatu supaya tidak dilihat,
Seperti sesumpah,
Seperti walang kadung,
Dan dia ingin menjadi sesuatu dalam senyap.