Isnin, 21 Mac 2011

Runut

Runut muncul di sebalik awan mega,
Oh kapal terbang ku ingin terbang bersama.
Jikapun tidak jadikan aku sebelah sayapmu,
Agar aku lapang menikmati langit biru,
Jauh dari altitud paras bumi,
Meredah awan putih cerah dan kelabu,
Dan meninggalkan jejak-jejak runut,
Sebagai tanda aku pernah di situ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan